Khind Multi Cooker MC388 atau periuk tingkat adalah satu lagi produk peralatan dapur yang berkualiti tinggi dari Khind. Penggunaannya yang mudah dan boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja sesuai dengan moto syarikat iaitu ‘delivery happiness’.
Terdapat 8 mode masakan seperti Hotpot, Kukus, Tumis, Goreng Dalam, Goreng BBQ, Didih, Perap, Rebus (Hotpot, Steam, Stir Fry, Deep Fry, BBQ Fry, Boil, Braise, Stew). Dengan pemegang ergonomic dan besi tahan karat stainless-steel menjadikan rekaan menarik perhatian sesiapa yang memandang dan mempunyai daya tahan panas yang tinggi.
Suhu pemanasan boleh dilaraskan kepada 230 darjah selsius.
Khind Multi Cooker MC388 mempunyai kuasa 1300–1500-watt dan mempunyai kapasiti 4-liter hotpot, steamer 3-liter dan BBQ Frying Pan 2-liter. Pada pendapat kami, kapasiti yang besar ini membuatkan hidangan boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak.
Produk ini menyediakan Non-stick BBQ Frying Pan dimana anda boleh membuat ayam atau daging steak tanpa memerlukan oven.
Kita biasa lihat multi cooker 2 tingkat tetapi untuk kali, Khind mengeluarkan peralatan memasak dengan multi cooker 3 tingkat!
Bagi dulang hotpot, anda boleh merebus jagung, telur ayam, keledek, kentang dan juga sayur-sayuran seperti terung. Khasiat dan nutrient juga tidak berkurangan kerana anda tidak menggoreng, tetapi merebus.
Manakala pada bahagian atas pula, anda boleh stim makanan seperti pau dan frozen food yang lain.
Warna merah maroon semestinya memikat hati sesiapa yang memandang.